Azzein Thea

Mari Kita Bercermin ke Sejarah Masa Lalu

Al Nadim (Pelopor Pembuat Katalog/Ensiklopedi Kebudayaan Pertama)


al-fihristIbn Al-Nadim atau nama sebenar Abu’l-Faraj Muhammad bin al Is’haq-Nadim Dari Puak Syiah, anak kepada Al-Warraq , Al-Nadim Berasal dari Baghdad dan merupakan seorang penjual buku dan juga pakar kaligrafi yang menyalin naskah untuk dijual, pekerjaan tersebut diwarisi dari bapanya. Al-Nadim yang bermaksud ”Sahabat Orang orang yang terkemuka” juga dikenali sebagai Ibn Ya’qub al-Nadim al-Baghdadi.

Gelaran Al-Nadim diberikan pada beliau kerana beliau amat dikenali oleh berbagai golongan kerana pergaulannya yang amat luas, beliau juga merupakan seorang yang amat mencintai buku dan juga seorang “warraq” (Penyalin Naskah) yang mashur dan terbaik, Beliau juga memiliki kedai buku yang sangat terkenal di tengah kota Baghdad.

Disebabkan kehebatan beliau dalam dunia ilmiah, membuatkan beliau mempunyai kenalan dari berbagai golongan, baik di kalangan para pembesar, cendekiawan, ahli Falsafah, ahli kaligrafi, pengarang, seniman, penyair dan profesor. Meskipun demikian, ini tidak bermakna Al-Nadim seorang yang hanya pandai menyalin dan menjual buku semata mata, kerana pada usia mudanya beliau pernah berguru kepada beberapa guru terkemuka seperti Al-Sirafi (w. 978 M), ‘Ali b. Harun b. al-Munazhzhim (w. 963 M), dan Ahli Falsafah Abu Sulayman al-Mantiqi. Bahkan dia juga sering bergabung dalam kumpulan pengkaji dan pemikir(Khalaqah) Isa Ibn Ali (914-1001) di kota Baghdad.

Al-Nadim juga terlibat secara aktif dalam perbincangan denga ahli Falsafah Ibn al-Khammar dalam membincangkan masaalah masaalah yang berkaitan Falsafah hakikat kebenaran. Keterlibatannya dalam dunia ilmiah tersebut telah menjadikan dirinya menjadi seorang yang berpengetahuan luas tentang falsafah dan berbagai ilmu pengetahuan terutama ilmu-ilmu kuno seperti ilmu-ilmu Yunani, Mesir, Persia, India, dan Cina .

Disebabkab minat beliau yang amat mendalam dalam pada buku, Al-Nadim telah membuat catatan untuk semua buku buku yang pernah dimiliki di perpustakaannya dan juga untuk buku yang dijual di kedai buku beliau, bahkan catatannya bukan saja merangkumi Tajuk dan nama pengarang bahkan beliau juga turut mencatat keterangan mengenai isi kandungan serta riwayat hidup serta karya yang ditulis oleh pengarang tersebut, Bahkan beliau juga mengkelaskan buku buku tersebut dalam kelompok  yang tertentu mengiktu bidang dan jenis perbincangan buku tersebut.

Catatan Al-Nadim kemudianya diterbitkan dalam bentuk buku yang diberi Judul “Kitab Al-Fihris” atau dikenali sebagai buku Indeks / ensaiklopedia kebudayaan dan ianya merupakan Yang pertama di dunia, dam masih lagi digunakan sebagai rujukan sehinggalah sekarang.

09/05/2014 - Posted by | BIOGRAFI PARA ILMUAN ISLAM, kutipan, PELAJARAN |

Belum ada komentar.

Syukron Atas Komentarnya Barokallohu Fiekum..

Please log in using one of these methods to post your comment:

Logo WordPress.com

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Gambar Twitter

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Foto Facebook

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Foto Google+

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s

%d blogger menyukai ini: